A few word from the author

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar!!!

1/18/2016

Cop dan Nametag

Cop akan diberikan hospital selepas 2 bulan bekerja. Jadi selama 2 bulan pertama tu kalau korang taknak menyusahkan diri tulis nama and so on kat setiap helaian kertas tu, marilah kita membuat cop.

Cop yang akan diberikan hospital adalah jenis cop besar. Jadi dakwatnya banyak, so takyah nak risau nak kena bawak ink untuk refill.
PRINTER LINE Standard- Rectangular
















 *ala2 lebih kurang cmni la cop yang hospital bagi

 Untuk 2 bulan yang pertama ni kita beli lah cop kecik. Macam kat bawah ni.


Pocket 30 (RM33)
Pocket stamp plus (RM29)
Mouse 20 (RM29)

Harga dalam lingkungan RM29-RM33. Disebabkan ia kecik, maka tahu2 la nak kena beli refill ink juga yea. Belajar2 la cara nak refill so nanti nampak terrer la sikit.

Format yang selalu digunakan untuk cop:

Dr. NAMA (HURUF BESAR)
Pegawai Perubatan UD41
MMC No: ????
Hospital ?????

Untuk Nametag pulak depend on hospital. Ramai suruh buat 2 nametag. 1 nametag ada title Dr, 1 lagi nama je. Nametag tak kesah nak magnet atau jarum. Background hitam standard tu je. Takyah nak gold2. Nanti ko sorg nampak special. haha

Hospital Sultanah Bahiyah buat satu je nametag. Tu pun takyah ada title Dr.

Nametag Harga yang jarum RM5, magnet RM10

Untuk yang berada di Bangi boleh la buat kedua2nya di Barakah Advertising & Services. Lokasi dekat deretan kedai Coolblog Jalan 4 Tambahan. Bawah ni location dia.




No comments: